About

Blog ini saya ilhamkan sewaktu ziarah Madinah pada musim haji 2011. Sisa umur semakin singkat sangat eloklah menghabiskan sedikit masa untuk berdakwah walaupun sekadar minimum- inilah tugas nabi dan rasul yang diminta kepada kita meneruskannya.

Buku ‘Al Hikam’ karangan Sheikh Ahmad bin ‘Atha’illah  As Sakandari  menurut catatan penerbit adalah sebuah buku yang tergolong ‘agong’ dalam perbendaharaan alam tasawuf.

TERJEMAHAN AL HIKAM  (Pendekatan Pengabdian pada Khaliq) edisi jawi diterjemahkan oleh H. Salim Bahreisy (penerbit : Pustaka Aman Press Sdn Bhd bersama Al-Haramain Pte Ltd) merupakan sebuah buku yang cantik bahasanya dan jika diteliti atau didengar huraiannya dari mulut guru akan banyak memberi impak keatas kehidupan. Begitu juga buku KITAB AL-HIKAM (Kata-Kata Hikmah Seorang Guru) yang diterbitkan oleh Pustaka Al-Ehsan dan diterjemahkan oleh Dr. Ismail Ba’adillah turut saya jadikan rujukan. Saya tuliskan satu persatu semoga lebih ramai orang dapat membaca dan memanfaatkan mutiara hikmahnya dalam era elektronik masa kini. Ayat al-Quran yang di tulis oleh penterjemah saya rujukkan semula menggunakan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran yang diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Edisi jawi terjemahan buku A Hikam yang menjadi rujukan saya telah diterjemahkan dengan susunan dan gaya bahasa yang mudah difaham, sayugia sesuai dibaca oleh seluruh masyarakat muda dan tua. Sebarang komen tentang buku/blog ini dan isinya tidak akan saya layan kerana saya bukanlah orang yang bertauliah untuk berbahas mengenainya. Bagi saya cukuplah sebagai ejen mempromosikan kepada orang ramai dan memberitahu bahwa kitab ini wujud dan patut dibaca oleh semua orang.

Tahniah dan terima kasih kepada penulis, penterjemah dan penerbit buku ini kerana hasil dan karya yang hebat ini. Semoga menjadi suatu amal jariah serta mendapat ganjaran didunia kini dan kemudian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s