50. Pergilah Menuju Kepada Pencipta Alam.

Madina

50. Travel not from creature to creature, otherwise you will be like a donkey at the mill: roundabout the turns, his goal the same as his departure. Rather, go from creatures to Creator : “And that the final end is unto thy Lord.”

” 50. Jangan engkau berpindah dari satu alam ke alam yang lain kerana itu akan bererti sama seperti himar (keldai) yang berputar di sekitar penggilingan. Keldai itu berjalan menuju ke satu tempat tujuan :- tiba-tiba itu pula tempat yang ia mula-mula berjalan daripadanya. Tetapi hendaklah engkau pergi dari semua alam itu menuju kepada Pencipta Alam. Sesunguhnya kepada Tuhanmu puncak segala tujuan. “

Dalam menjalani proses peningkatan iman dan taqwa, barangkali akan engkau lalui tahapan yang menggiringmu menuju ke satu keadaan/tempat yang tampilnya berbeza. Di sini Sh Ibn ‘Atha’illah berpesan agar berhati-hati jangan berpindah dari syirik yang terang ke alam syirik yang samar. Amal kebaikanmu mungkin dinodai dengan riya’ atau sum’ah (mengharap pujian orang) – tidak bakal diterima oleh Allah! Dan apabila telah bersih dari semua itu ada kalanya beramal kerana terdorong oleh kerana menginginkan kedudukan atau kekayaan, atau kekeramatan dunia atau akhirat – sebab itu masih termasuk alam hawa nafsu – belum mencapai tujuan ikhlas yang bererti bersih dari segala tujuan selain melulu kepada Allah.

Kerana itu, selama berpindah dari alam ke alam tidak ada bezanya daripada keldai yang berputar di sekitar penggilingan, tetapi seharusnya sekali berangkat dari suatu alam langsung menuju Pencipta alam. Kerana itu pencinta Allah menyebutkan – Semua yang ada padamu dari berbagai nikmat kesenangan itu langsung dari karunia Allah kepadamu. Manakah kiranya yang lebih besar berharga nilainya – apakah pemberianNya ataukah Yang Memberi? Sesunguhnya kepada Tuhanmu itulah puncak segala tujuan.

***

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s